Thursday 4 June 2015

⚡ I S U   S U A R A  T E R U M P E T   D A R I   L A N G I T ⚡

❓❔ Soalan ❔❓

Akhir² ini ada muncul berita tentang suara seperti terompet terdengar dari langit, apakah itu peringatan kecil bahawa kiamat sudah dekat atau hanya suara terompet biasa. mohon penjelasannya ustaz

⭕🔴  Jawapan 🔴 ⭕

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du .

Sebelumnya kita akan mengenal beberapa dalil yang menyebutkan tentang tiupan sangkakala.

     Dalam al-Quran, Allah menyebut sangkakala dengan as-Shur [ﺍﻟﺼُّﻮﺭُ ].
Secara bahasa as-Shur bererti tanduk. Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud as-Shur adalah sangkakala yang sangat besar yang akan ditiup malaikat yang bertugas untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul I’tiqad, Imam Ibnu Utsaimin, hlm. 114)

     Ada beberapa dalil yg menunjukkan bahawa sangkakala yang ditiupkan bentuknya seperti terompet. Di antaranya,
Hadis dari Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

ﻗَﺎﻝَ ﺃَﻋْﺮَﺍﺑِﻲٌّ : ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻣَﺎ ﺍﻟﺼُّﻮﺭُ؟ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺮْﻥٌ ﻳُﻨْﻔَﺦُ ﻓِﻴﻪِ

Ada orang arab badwi bertanya, “Ya Rasulullah, apa itu as-Shur (sangkakala)?” Beliau menjawab, “Tanduk yg akan ditiup.” (HR. Ahmad 6507, Abu Daud 4744, dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Juga disebutkan dalam hadis Abu Said al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﻛَﻴْﻒَ ﺃَﻧْﻌَﻢُ ﻭَﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟْﻘَﺮْﻥِ ﻗَﺪِ ﺍﻟْﺘَﻘَﻢَ ﺍﻟْﻘَﺮْﻥَ ﻭَﺍﺳْﺘَﻤَﻊَ ﺍﻟْﺈِﺫْﻥَ ﻣَﺘَﻰ ﻳُﺆْﻣَﺮُ ﺑِﺎﻟﻨَّﻔْﺦِ ﻓَﻴَﻨْﻔُﺦُ

“Bagaimana aku akan senang hidup di dunia, sementara pemegang sangkakala telah memasukkannya ke mulutnya. Dia memasang pendengaran menunggu diizinkan (meniupnya). Bila pun dia diperintah meniupnya, dia akan meniupnya.” (HR. Turmudzi 2628, dan disahihkan al-Albani)

❕❗ HANYA DIHIDUPKAN DI HARI KIAMAT  ❗❕

Terdapat banyak dalil dari al-Quran yg menunjukkan bahawa sangkakala akan ditiup pada awal terjadinya hari kiamat. Di antaranya,

Firman Allah :

ﻭَﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻓَﺼَﻌِﻖَ ﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺛُﻢَّ ﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻴﻪِ ﺃُﺧْﺮَﻯ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻗِﻴَﺎﻡٌ ﻳَﻨْﻈُﺮُﻭﻥَ

Mafhumnya :
"ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yg di langit dan di bumi kecuali siapa yg dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (hisab). (QS. az-Zumar: 68).

Demikian pula firman Allah :

ﻭَﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺄَﺟْﺪَﺍﺙِ ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻬِﻢْ ﻳَﻨْﺴِﻠُﻮﻥَ

Mafhumnya :
“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka. ” (QS. Yasin: 51)

Dalam hadis yg panjang, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan,

ﺛُﻢَّ ﻳُﻨْﻔَﺦُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻓَﻠَﺎ ﻳَﺴْﻤَﻌُﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ ﺇِﻟَّﺎ ﺃَﺻْﻐَﻰ ﻟِﻴﺘًﺎ ﻭَﺭَﻓَﻊَ ﻟِﻴﺘًﺎ ﺛُﻢَّ ﻟَﺎ ﻳَﺒْﻘَﻰ ﺃَﺣَﺪٌ ﺇِﻟَّﺎ ﺻَﻌِﻖَ ﺛُﻢَّ ﻳُﻨْﺰِﻝُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣَﻄَﺮًﺍ ﻛَﺄَﻧَّﻪُ ﺍﻟﻄَّﻞُّ ﺃَﻭْ ﺍﻟﻈِّﻞُّ - ﺷَﻚَّ ﺍﻟﺮﺍﻭﻱ - ﻓَﺘَﻨْﺒُﺖُ ﻣِﻨْﻪُ ﺃَﺟْﺴَﺎﺩُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺛُﻢَّ ﻳُﻨْﻔَﺦُ ﻓِﻴﻪِ ﺃُﺧْﺮَﻯ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻗِﻴَﺎﻡٌ ﻳَﻨْﻈُﺮُﻭﻥَ

Maksudnya :
“Kemudian ditiuplah sangkakala, tidak ada seorangpun yg mendengarnya kecuali akan mengarahkan pendengarannya dan menjulurkan lehernya (memerhatikannya). Lalu, tidak tersisa seorang pun kecuali dia mati. Kemudian Allah menurunkan hujan seperti gerimis. Kemudian tumbuhlah jasad-jasad manusia setelah disirami. Lalu ditiuplah sangkakala untuk kali berikutnya, tiba-tiba mereka bangkit dari kuburnya dalam keadaan menanti (hisab).” (HR. Ahmad 6712 dan Muslim 7568).

Kita boleh perhatikan beberapa dalil di atas, bahawa yg terjadi ketika sangkakala itu ditiup ada dua, iaitu :

1⃣  semua makhluk di langit dan di bumi akan mati kecuali yg dikehendaki Allah.

2⃣  terjadi kebangkitan dari alam kubur setelah mereka dihancurkan. Ini terjadi setelah tiupan kedua.

     Hingga kini, malaikat petugas meniup sangkakala sedang menunggu perintah Allah. Dia selalu siaga kapan saja dia diperintahkan untuk meniup sangkakala.

❗❕ BERAPA KALI SANGKAKALA DITIUP ❕❗

Ulama berbeza pendapat tentang berapa kali sangkakala ditiupkan?

     Pertama, sangkakala ditiupkan 3 kali. Jika kita rinci, 3 kali itu adalah :

1⃣  Tiupan faza’ (tiupan yang membuat seisi alam kaget dan terkejut). Allah berfirman,

ﻭَﻳَﻮْﻡَ ﻳُﻨْﻔَﺦُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻓَﻔَﺰِﻉَ ﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻛُﻞٌّ ﺃَﺗَﻮْﻩُ ﺩَﺍﺧِﺮِﻳﻦَ

Mafhumnya :
“Dan (ingatlah) hari ketika ditiup sangkakala, terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yg dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri.” (An-Naml: 87).

2⃣  Tiupan ash-Sha’q (tiupan mematikan dan membinasakan). Allah berfirman :

ﻭَﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻓَﺼَﻌِﻖَ ﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ

Mafhumnya :
"Ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah." (QS. az-Zumar: 68).

3⃣  Tiupan al-Ba’ats (tiupan kebangkitan). Allah SWT berfirman :

ﺛُﻢَّ ﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻴﻪِ ﺃُﺧْﺮَﻯ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻗِﻴَﺎﻡٌ ﻳَﻨْﻈُﺮُﻭﻥَ

Mafhumnya :
"Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (hisab)." (QS. az-Zumar: 68).

Pendapat ini didukung hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu. Dalam hadis itu dinyatakan,

ﻳَﻨْﻔُﺦُ ﻓِﻴﻪِ ﺛَﻠَﺎﺙُ ﻧَﻔَﺨَﺎﺕٍ، ﺍﻟﻨَّﻔْﺨَﺔُ ﺍﻟْﺄُﻭْﻟَﻰ ﻧَﻔَﺨْﺔُ ﺍﻟْﻔَﺰَﻉِ، ﻭَﺍﻟﺜَّﺎﻧِﻴَﺔُ ﻧَﻔْﺨَﺔُ ﺍﻟﺼَّﻌْﻖِ، ﻭَﺍﻟﺜَّﺎﻟِﺜَﺔُ ﻧَﻔْﺨَﺔُ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻡِ ﻟِﺮَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
Maksudnya :
“Malaikat itu meniup sangkakala tiga tiupan. Tiupan yg pertama mengejutkan. Tiupan kedua mematikan, dan tiupan ketiga membangkitan (makhluk) menghadap Rabbul ‘alamin .”

Hadis ini sangat panjang, diriwayatkan oleh at-Thabrani dalam al-Ahadits at-Thiwal, dan dinilai dhaif oleh sebagian ulama, karena di sana ada perawi Ismail bin Rafi’ al-Madani yang dinilai dhaif oleh ad-Daruquthni.  Hingga al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan tentang status hadis ini, “Gharib jiddan” (sangat asing). (Tafsir Ibn Katsir, 3/287).

     Mengingat hadis ini dhaif, maka tidak dijadikan dalil.

Pendapat Kedua , Sangkakala Ditiupkan 2 kali :

1⃣  Tiupan al-Faza’ (terkejut) sekaligus tiupan ash-Sha’q (mati).

Menurut al-Qurthubi, antara peristiwa al-Faza’ (kaget) dengan as-Sha’q (mati) berlangsung secara bersambung. Tidak ada jeda di sana. Sehingga ketika sangkakala ditiupkan, mereka terkejut dan lalu binasa. Kecuali siapa yg dikehendaki Allah.

2⃣  Tiupan al-Ba’ats.

Kebangkitan terjadi setelah tiupan kedua.
Dan pendapat kedua ini yang lebih kuat. Sehingga kata faza’ (terkejut) yg disebutkan di Surah an-Naml dan kata as-Sha’q (mati) yang disebutkan di surat az-Zumar adalah sama. Tiupan pertama, yang mengejutkan dan menyebabkan semuanya mati.

Kerana itu, Allah menyebut tiupan itu terjadi sekali. Lalu diikuti dengan kehancuran alam semesta.

ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻧُﻔِﺦَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﻮﺭِ ﻧَﻔْﺨَﺔٌ ﻭَﺍﺣِﺪَﺓٌ . ﻭَﺣُﻤِﻠَﺖِ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽُ ﻭَﺍﻟْﺠِﺒَﺎﻝُ ﻓَﺪُﻛَّﺘَﺎ ﺩَﻛَّﺔً ﻭَﺍﺣِﺪَﺓً

Mafhumnya :
"Apabila sangkakala ditiup sekali tiup, dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur." (QS. al-Haqqah: 13 – 14)

Al-Qurthubi mengatakan :

ﻭﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﻔﺦ ﻓﻲ ﺍﻟﺼﻮﺭ ﺃﻧﻬﻤﺎ ﻧﻔﺨﺘﺎﻥ ﻻ ﺛﻼﺙ، ﻭﺃﻥ ﻧﻔﺨﺔ ﺍﻟﻔﺰﻉ ﺇﻧﻤﺎ ﺗﻜﻮﻥ ﺭﺍﺟﻌﺔ ﺇﻟﻰ ﻧﻔﺨﺔ ﺍﻟﺼﻌﻖ ﻷﻥ ﺍﻷﻣﺮﻳﻦ ﻻ ﺯﻣﺎﻥ ﻟﻬﻤﺎ ﺃﻱ ﻓﺰﻋﻮﺍ ﻓﺰﻋﺎ ﻓﻤﺎﺗﻮﺍ ﻣﻨﻪ

Maksudnya :
"Yang benar, tiupan sangkakala terjadi dua kali, bukan tiga kali. Dan tiupan al-Faza’ (terkejut) diikuti dengan as-Sha’aq (kematian). Kerana kedua tiupan itu tidak ada waktu jedanya. Ertinya, mereka terkejut lalu mati. (Tafsir al-Qurthubi, 13/240)

❕❗ SEMUA TERJADI DI HARI KIAMAT ❗❕

     Kami tegaskan sekali lagi, bahawa semua tiupan ini terjadi di akhir zaman. Baik pendapat yg mengatakan 3 kali tiupan atau dua kali tiupan, semua terjadi di akhir zaman. Karena itu menjadi batas terakhir kehidupan dunia.

⚠ SUARA TERUMPET DARI LANGIT ⚠

Kita tidak tahu dengan pasti sumber suara seperti terompet yg terdengar aneh di berbagai daerah. Yg jelas itu bukan sangkakala. Kerana jika itu sangkakala, seharusnya semua permukaan bumi ini mendengarnya. Laporan yg ada, suara itu baru didengar oleh sebahagian masyarakat di beberapa negara, di antaranya Australia, Amerika, Australia, Kanada dan Jerman. Masyarakat Indonesia, nyaman-nyaman saja, tidak mendengar suara itu.

     Bukti lain bahawa itu bukan sangkakala, sebagaimana yg dilaporkan bahawa kejadian ini bukan yg pertama kalinya. Ini pernah terjadi di tahun 2013, dan sebelumnnya lagi 2012. Sementara sangkakala ditiup dua kali disusul peristiwa besar kiamat.

     Sebahagian ahli menganalisis suara tersebut dan menemukan bahawa sebagian besar spektrum asal suara tersebut terletak dalam kisaran infrasonik, yang tidak terdengar oleh manusia. Frekuensi antara 17 Hz ke bawah. Manusia boleh mendengar suara pada frekuensi antara 20 Hz sampai 20.000 Hz.

     Sementara apa yg didengar oleh manusia hanyalah sebahagian kecil dari kekuataan sebenarnya dari suara-suara tersebut, kerana adanya emisi akustik di frekuensi rendah dalam kisaran antara 20 Hz hingga 100 Hz yg dimodulasi (dikuatkan) oleh gelombang infrasonik ultra rendah 0,1 Hz sampai 15 Hz.

     Namun apapun itu, bagi orang yang beriman, kita meyakini ini sebagai salah satu tanda kekuasaan Allah. Dan terkadang Allah tunjukkan fenomena alam yg luar biasa, agar kita semakin takut kepada-Nya. Itulah tujuan utama ketika kita menyimak fenomena alam. Bukan hanya jadi bahan wacana dan perbincangan.
Allah berfirman,

ﻭَﻣَﺎ ﻧُﺮْﺳِﻞُ ﺑِﺎﻟْﺂَﻳَﺎﺕِ ﺇِﻟَّﺎ ﺗَﺨْﻮِﻳﻔًﺎ

Mafhumnya :
"Aku tidak mengirim tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti." (QS. al-Isra: 59).

Allahu a’lam.

Dijawab oleh Ustaz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com)

Monday 25 May 2015

Saat aku nak berubah untuk menjadi baik, pelbagai ujian dan dugaan yang ku hadapi,kadang-kadang sampai menitis air mata ku..bertapa beratnya ujian yang allah berikan kepada ku..itu la cabaran yang paling berat untuk aku hadapi..tetapi itu lah yang mengajar aku erti kesabaran..
#Sabarlah.

Monday 18 May 2015

GA special by Sipanjangkata!

Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata

DUE DATE 15 JUN 2015

TAKNAK CAKAP BANYAK KITA TERUSKAN DENGAN HADIAH2 NYA!
First Place: Novel Raudhah by Hasani Ent.
Second Place: Koleksi Tombiruo by Hasani Ent.
Third Place: Novel Sunan Musafir & Figura by Hasani dan Sipanjangkata
SYARAT2 PENYERTAAN DI SINI:

1. Follow blog sipanjangkata, IG karlel95, add FB MuhdtHalim dan like fb page Hasani Ent.di sini dan sini
2. Buat entry "Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata" dan copy paste banner di atas.
3. Tinggalkan url entry anda di ruangan komen
Pemenang dipilih dengan rawak melalui cabutan random.org. Tarikh tutup GA ni ialah 15 Jun 2015

TUNGGU APA LAGI JOIN CEPAT!!!!!!

Sunday 17 May 2015

Kekasih Abadi..

                KEKASIH ABADI

   Wahai kekasih yang ku cintai setulus hatiku,kau tahu tak bertapa aku merindui mu,baru berapa hari aku tak menghadap mu hati ku rasa tak tenteram....wahai kekasih ku tahu tak bertapa aku teringin sekali berjumpa dengan mu,tapi aku ini tidak layak berdiri disisi mu,aku hanya insan biasa yang penuh dinodai dosa2,berilah aku waktu untuk memperbaiki diri ku ini,untuk berjumpa dengan mu dalam keadaan yang baik dan cantik di mata mu ....tunggu aku sayangggg...

Friday 15 May 2015

Al Muqaddimah!

ASSALAMUALAIKUM W.R.B

 


 

SENYUM DENGAN MATA YER!
 

Salam bahagia saya hulurkan assalamualaikum...salam kasih saya semaikan....pesanan ini khas buat kaum wanita..

Wanita solehah ialah perhiasan dunia...wahai kaum hawa tahu tak kita bertapa berharganya diri kita sehinggakan allah meletakan syurga yang agung dibawah telapak kaki kita dan rasullullah menyebut kita 3kali pantas di hormati dari kaum adam,tapi kita tak pernah menyedari semua itu kita menghunuskan diri kita dalam perbuatan dosa,maksiat dan kemungkaran kita mendedahkan aurat kita dengan bangganya menanyang kan lengkok tubuh kita pada lelaki yang bukan ajnabi..
wahai sahabat2 yang sebaik2 kejadian tak ingat kah kita kebanyak kan perhuni neraka adalah kita..kita ini dicipta indah kerana adanya sifat malu sekasar mana pun Kita tetapi dalam hati kita ada kelembutan seorang ibu,tetapi wanita akhir zaman ini seolah2 tiada lagi rasa malu sanggup membawa dirinya menunju ke arah perzinaan bila wujudnya benih di dalam rahimnya sifat lembutnya akan hilang,bayi yang wujud atas kesalahan dirinya sendiri akan dibunuh ditanam dibuang tanpa belas kasihan.


Jadilah perhiasan dunia bukan kaca semata-mata.

Sunday 12 April 2015

100% Catton sedap&selesa berminat pm

Thursday 2 April 2015

"First GiveAway By SiPanjangKata"

Berminat pulak ngan GA dari blog rakan saya, sipanjangkata . ok lah saya akan join.
Harap2 menang lah...

Wednesday 18 March 2015

100% Catton sedap&selesa

Monday 16 March 2015

CADAR TERBAIK UNTUK DIJUAL!


ANTARA PRODUK YANG BERADA DALAM STOK 

UNTUK MENDAPATKAN CADAR SEPERTI DI ATAS SILA HUBUNGI SAYA DI 

+601111883732 ( Whatsapp dan WeChat diutamakan. Produk dapat dilihat secara penuh dan tempahan dapat diuruskan dengan lebih selamat. Hubungi sekarang. ) 

ATAU EMAIL 

DI fidazullfidazull@gmail.com ( STOK TIDAK TERHAD, SO NAK TERUS TEMPAH! )

CADAR BERKUALITI UNTUK DIJUAL!


Assalamualaikum, review untuk produk terbaru akan dilancarkan bermula hari ini. Saya adalah penjual cadar yang berkualiti tinggi dan menarik serta mempunyai pelbagai design.

CADAR COTTON BERJENAMA UNTUK DIJUAL



Cadar berkualiti tinggi dan sangat sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai jenis dan design disediakan tinggal untuk dipilih sahaja.. Untuk tempahan sila hubungi +601111883732 ( Whatsapp dan WeChat diutamakan. Produk dapat dilihat secara penuh dan tempahan dapat diuruskan dengan lebih selamat. Hubungi sekarang. )